Wednesday, March 5, 2008

Batal dakwat hitam: SPR tolong BN atau pembangkang?

KECOH…gamat dan bising bagaikan demokrasi sudah berakhir di Malaysia. Itulah reaksi parti-parti pembangkang dan jentera pilihan raya mereka, termasuk beratus blog dan laman berita yang bekerja keras menyebarkan propaganda anti-BN menjelang tarikh 8 Mac 2008.Puncanya ialah SPR membatalkan cadangan penggunaan dakwat hitam untuk mengelakkan kemungkinan seseorang pengundi mengundi banyak kali. SPR sebagai badan bebas telah mengumumkan langkah tersebut tidak lama sebelum hari pembubaran Parlimen pada 13 Februari lalu. Langkah tersebut dicadangkan atas desakan pembangkang, terutama Pas yang menuduh pilihan raya tidak bersih dan tidak adil. Yang mengumumkan SPR akan menggunakan dakwat hitam dari India itu ialah pengerusinya, Abdul Rashid Abdul Rahman, orang yang paling dibenci oleh para penyokong pembangkang. Banyak penulis propembangkang mengeja nama Rashid sebagai Rashit. (Nota: Shit adalah perkataan yang dipopularkan oleh bekas Ahli Parlimen Pas, Shahanon Ahmad melalui novelnya Shit yang ditujukan kepada Dr. Mahathir Mohamad) Menurut Rashid, ada dua sebab penggunaan dakwat itu tidak dapat dilaksanakan. Pertama kerana polis telah menangkap empat orang di beberapa negeri di utara Semenanjung yang memliki dakwat hitam berkenaan. Ertinya, sudah ada dakwat hitam dibawa masuk untuk digunakan bagi mensabotaj pilihan raya. Ia akan digunakan untuk mencalit jari mereka yang tidak mengetahui tentang tujuan dakwat itu digunakan. Apabila mereka datang ke pusat mengundi, dengan sendiri mereka akan dilarang daripada membuang undi kerana jari tangan mereka sudah bercalit dakwat hitam.Kedua penggunaan dakwat hitam itu memerlukan peruntukan undang-undang yang belum lagi digubal.Yang mengejutkan, pembatalan itu diumumkan empat hari sebelum hari pengundian. Jentera pembangkang telah memanfaatkan sepenuhnya isu ini dengan tuduhan bahawa SPR melakukan tindakan tersebut hanya untuk `menolong’ BN yang sedang menghadapi keadaan tenat. Kononnya tanpa dakwat hitam sebagai mekanisme untuk mencegah undi berganda dan pengundi hantu, BN berpeluang untuk menipu bagi menyelamatkan kedudukan yang sangat terancam dalam pilihan raya 2008. Jika benar SPR melakukan pembatalan guna dakwat itu untuk menolong BN, ia adalah satu langkah yang paling bodoh. Sokong membawa rebah. Ia memberikan peluang kepada pembangkang untuk menyerang SPR dan BN. Malangnya yang terjejas teruk akibat serangan ini ialah BN. SPR hanyalah sebuah badan yang mengendalikan pilihan raya mengikut undang-undang yang ada. Orang boleh melemparkan apa jua kemarahan terhadap Rashid. Lihat maki-hamun dalam blog-blog propembangkang.



Contohnya komen-komen yang disiarkan dalam tranungkite.net , sebuah blog Pas.KITA DITIPU LAGII????!!!!Jahat sungguh mereka ini!!! Aku tidak halal satu sen pun duit aku digunakan oleh mereka ini!!! Tunggulah nasib kau diakhirat, Rashid, Musa dan Ghani!!!! Aku ingat kau dan akan sebut nama kau depan Allah Rabbul Jalil!!!"Ya Allah! Berilah pentunjuk kepada orang-orang yang zalim ini!!!" Pasti jalan utama disesakkan agar pengundi hantu sangkut. JOM BUAT PLAN REVOLUSI!!!! REVOLUSI !!!!REVOLUSI !!!!! hapus rejim abdulah badawi laknat ini Celaka punye org tua..... Mari pakat doakan mintak org tua ni tak sempat ngundi 8hb ni...Ana baru dapat reply sms dari ustaz ana... kata nya darah si rashid ni dah halal dah... so apa lagi 'geng 30', 3 line... takat tunjuk terror tarik kete jer wat per... Reaksi dari kalangan penyokong PKR tidaklah seteruk penyokong Pas. Blog-blog PKR turut menyerang Rashid dan SPR, tapi tidaklah sampai `menghalalkan darahnya.’ DAP pula tidaklah sebising Pas dan PKR walaupun setiausaha agungnya Lim Guan Eng mendesak Rashid meletakkan jawatan. Barangkali isu ini tidak meninggalkan kesan yang mendalam di kalangan pengundi Cina, tidak seperti pengundi Melayu yang cepat melenting jika dijolok. Kenapa Pas paling bising? Kerana Pas paling kuat melemparkan dakwaan terhadap SPR. Kerana Pas yang menghadapi serangan paling kuat daripada UMNO. Kerana Pas hilang paling banyak kerusi dalam pilihan raya 2004.Setelah difikir banyak kali, ternyata pembatalan dakwat hitam lebih menguntungkan pembangkang kerana mereka mendapat peluru berpandu untuk menyerang BN.



Kesimpulannya boleh diberikan dalam bentuk pertanyaan: SPR tolong pembangkang atau BN? - sumber dari malaysiaaktif.com

Tuesday, February 26, 2008

Suara wanita dalam politik

Tadi Yam tengok berita di TV1. Laporannya hampir 50 peratus calon PRU ke-12 terdiri daripada wanita. Kebanyakannya ibu-ibu dan golongan muda. Yam teruja pulak. Kalau semua calon wanita menang, bermakna wanita Malaysia memecah tradisi muncul sebagai kaum yang mendominasi bidang politik pula. Yam suka, barisan YB dan Ahli Parlimen wanita tentu akan bersuara lantang untuk membela nasib wanita. Perubahan ini nanti tentu membawa rentetan perubahan lain lagi dalam dunia wanita.

Ada rakan lelaki yang sama-sama menonton berita mencadangkan agar wanita menubuhkan parti dan bertanding dengan parti sedia ada. Tidak taulah dia bergurau atau ikhlas dengan cadangan itu. Mungkin juga dia menyindir Yam yang kelihatan teruja tidak tentu pasal ketika laporan berita itu dibacakan. Yam bayangkan banyak isu wanita akan diselesaikan bila ramai wanita membawa usul dan menyokong usul berkaitan wanita. Kalau HINDRAF mendakwa kononnya kaum India di Malaysia dipinggirkan, sekiranya kita mengguna-pakai istilah “terpinggir”yang digunakan HINDRAF, rasanya lebih sesuai istilah ciptaan HINDRAF itu digunakan untuk wanita Cina, India dan Melayu yang terpinggir akibat kemiskinan kerana tidak berpendidikan, tidak bekerja, dinafikan haknya sebagai isteri dan ibu akibat perceraian, kurang upaya, sakit dan daif kerana dipinggirkan keluarga.

Jaga-jaga lelaki, tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang kedudukan lelaki dalam politik Malaysia.

Friday, February 22, 2008

Wanita Lawan Wanita

Yam pelik, kenapa adik Izzah nak lawan Kak Izat di Lembah Pantai. Dahlah lawan sesama kaum, macamlah tak ada lelaki seusia nak dilawan. kalau berlawan dengan lelaki, peluang menambah kerusi wanita dalam parlimen atau DUN cerahlah. Ini lawan dengan perempuan juga, kalau DS Sharizat menang, Izzah kalah, tak menambah apa-apa. Kalau Kak Izat kalah, Izzah menang, habis-habis orang kata Izzah dapat undi kesian. Izzah, tok sah dengarlah cakap abah tu, tak payahlah bertanding di Lembah Pantai. Cari lawan lain, ada dengar cadangan Izzah lawan Khairy Jamaluddin, macam OK jer. Muda sama muda, handsome dengan lawa, ngamlah tu.

Thursday, February 21, 2008

Wanita Mahu Diberi Tempat Dalam Pucuk Pimpinan UMNO

Sudah tiba masanya lebih ramai anggota wanita UMNO diberi tempat dalam arus perdana parti sebagai pemimpin dalam UMNO induk, kata Naib Ketua Pergerakan Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.Beliau berkata keanggotaan Wanita UMNO seramai 1.3 juta dan Puteri UMNO seramai 280,502, menunjukkan kekuatan golongan wanita dalam parti amat terserlah."Wanita UMNO mesti berani memupuk, membimbing dan menyokong generasi pemimpin wanita yang berkebolehan, sama ada yang berpengalaman mahupun yang muda, untuk diberi peluang dipilih atau dilantik ke cawangan, bahagian, negeri dan Majlis Tertinggi,"
dipetik dari web pergerakan wanita umno malaysia

Apelah Nasib Wanita Malaysia...?

Sedihnya nasib wanita dalam politik Malaysia. Soksek-soksek senarai calon yang diuar-uarkan, tidak nampak pun tuntutan wanita hendak menambah suara dalam politik dipenuhi. Alahai, apa dah jadi ni, Yam kecewa tahap maksimumlah kalau hal-ehwal wanita lambat diambil tindakan atau tidak menjadi isu di kalangan barisan pemimpin. Yang jelas Yam tengok suara wanita macam payah hendak ngam untuk diangkat kepada presiden parti. Hingga kini tidak nampak ada penambahan. Yang dikekalkan pun payah hendak dinyatakan alasan kukuh kenapa mereka dikekalkan. Muka-muka baru pula dipilih di kalangan puteri, apakah rasionalnya puteri dibukakan peluang pun sukar diterima alasannya. Sebab cantikkah, manjakah, bergetahkah? Atau sebab mudakah hingga dapat markah lebih? Kalau sebab puteri dipilih kerana muda dan seksi, maka saranan Dato’ Ng Yen Yen supaya penampilan wanita lebih seksi terutama ketika masuk tidur telah berjaya direalisasikan oleh para suami hingga menjalar ke dalam politik Malaysia.

Yam terkedu pula mendengar Puan Fong Po Kuan dari DAP meletak jawatan dan tidak mahu dipertandingkan. Alasannya mahu tumpukan perhatian kepada suami dan rumahtangga. Khabarnya juga sedang mabuk mengandung. Amboi gitu pulak. Wanita yang ada pun Kak Wan Azizah di Permatang Pauh, itupun dengarnya PRU Ke-12 adalah yang terakhir buat YB isteri bekas TPM ini. Beliau diramalkan kalah dengan musuh tradisinya. Katanyalah! Apa-apapun, tahniah, Kak Pidah tak macam Fong, tak macam sesetengah wanita. Semangatnya tetap membara. Walaupun dah masuk 70, dah sakit-sakit sendi, dah bedah lutut, Kak Pidah tetap menerima pencalonan dan tidak akan menolak permintaan Pak Lah yang masih memerlukan khidmatnya walau apa alasannya sekalipun. Syabas kepada YB seorang ini, Inilah semangat wanita. Dato’ Seri Azalina tak kan diam saja? Kalau mahu mencalonkan bakal YB dari kalangan wanita, beliau tentunya akan memilih kalangan puteri yang tidak berminat untuk berkahwin sebab beliau mengatakan bahawa tumpuan beliau setelah menjadi YB adalah terhadap parti dan negara semata-mata. Kawin tidak ada dalam fikirannya. Mungkin kalau ada yang memberikan akujanji sepertinya, baru terpilih dan dicalonkan. Parah!