Thursday, February 21, 2008

Apelah Nasib Wanita Malaysia...?

Sedihnya nasib wanita dalam politik Malaysia. Soksek-soksek senarai calon yang diuar-uarkan, tidak nampak pun tuntutan wanita hendak menambah suara dalam politik dipenuhi. Alahai, apa dah jadi ni, Yam kecewa tahap maksimumlah kalau hal-ehwal wanita lambat diambil tindakan atau tidak menjadi isu di kalangan barisan pemimpin. Yang jelas Yam tengok suara wanita macam payah hendak ngam untuk diangkat kepada presiden parti. Hingga kini tidak nampak ada penambahan. Yang dikekalkan pun payah hendak dinyatakan alasan kukuh kenapa mereka dikekalkan. Muka-muka baru pula dipilih di kalangan puteri, apakah rasionalnya puteri dibukakan peluang pun sukar diterima alasannya. Sebab cantikkah, manjakah, bergetahkah? Atau sebab mudakah hingga dapat markah lebih? Kalau sebab puteri dipilih kerana muda dan seksi, maka saranan Dato’ Ng Yen Yen supaya penampilan wanita lebih seksi terutama ketika masuk tidur telah berjaya direalisasikan oleh para suami hingga menjalar ke dalam politik Malaysia.

Yam terkedu pula mendengar Puan Fong Po Kuan dari DAP meletak jawatan dan tidak mahu dipertandingkan. Alasannya mahu tumpukan perhatian kepada suami dan rumahtangga. Khabarnya juga sedang mabuk mengandung. Amboi gitu pulak. Wanita yang ada pun Kak Wan Azizah di Permatang Pauh, itupun dengarnya PRU Ke-12 adalah yang terakhir buat YB isteri bekas TPM ini. Beliau diramalkan kalah dengan musuh tradisinya. Katanyalah! Apa-apapun, tahniah, Kak Pidah tak macam Fong, tak macam sesetengah wanita. Semangatnya tetap membara. Walaupun dah masuk 70, dah sakit-sakit sendi, dah bedah lutut, Kak Pidah tetap menerima pencalonan dan tidak akan menolak permintaan Pak Lah yang masih memerlukan khidmatnya walau apa alasannya sekalipun. Syabas kepada YB seorang ini, Inilah semangat wanita. Dato’ Seri Azalina tak kan diam saja? Kalau mahu mencalonkan bakal YB dari kalangan wanita, beliau tentunya akan memilih kalangan puteri yang tidak berminat untuk berkahwin sebab beliau mengatakan bahawa tumpuan beliau setelah menjadi YB adalah terhadap parti dan negara semata-mata. Kawin tidak ada dalam fikirannya. Mungkin kalau ada yang memberikan akujanji sepertinya, baru terpilih dan dicalonkan. Parah!

No comments: