Tuesday, February 26, 2008

Suara wanita dalam politik

Tadi Yam tengok berita di TV1. Laporannya hampir 50 peratus calon PRU ke-12 terdiri daripada wanita. Kebanyakannya ibu-ibu dan golongan muda. Yam teruja pulak. Kalau semua calon wanita menang, bermakna wanita Malaysia memecah tradisi muncul sebagai kaum yang mendominasi bidang politik pula. Yam suka, barisan YB dan Ahli Parlimen wanita tentu akan bersuara lantang untuk membela nasib wanita. Perubahan ini nanti tentu membawa rentetan perubahan lain lagi dalam dunia wanita.

Ada rakan lelaki yang sama-sama menonton berita mencadangkan agar wanita menubuhkan parti dan bertanding dengan parti sedia ada. Tidak taulah dia bergurau atau ikhlas dengan cadangan itu. Mungkin juga dia menyindir Yam yang kelihatan teruja tidak tentu pasal ketika laporan berita itu dibacakan. Yam bayangkan banyak isu wanita akan diselesaikan bila ramai wanita membawa usul dan menyokong usul berkaitan wanita. Kalau HINDRAF mendakwa kononnya kaum India di Malaysia dipinggirkan, sekiranya kita mengguna-pakai istilah “terpinggir”yang digunakan HINDRAF, rasanya lebih sesuai istilah ciptaan HINDRAF itu digunakan untuk wanita Cina, India dan Melayu yang terpinggir akibat kemiskinan kerana tidak berpendidikan, tidak bekerja, dinafikan haknya sebagai isteri dan ibu akibat perceraian, kurang upaya, sakit dan daif kerana dipinggirkan keluarga.

Jaga-jaga lelaki, tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang kedudukan lelaki dalam politik Malaysia.

Friday, February 22, 2008

Wanita Lawan Wanita

Yam pelik, kenapa adik Izzah nak lawan Kak Izat di Lembah Pantai. Dahlah lawan sesama kaum, macamlah tak ada lelaki seusia nak dilawan. kalau berlawan dengan lelaki, peluang menambah kerusi wanita dalam parlimen atau DUN cerahlah. Ini lawan dengan perempuan juga, kalau DS Sharizat menang, Izzah kalah, tak menambah apa-apa. Kalau Kak Izat kalah, Izzah menang, habis-habis orang kata Izzah dapat undi kesian. Izzah, tok sah dengarlah cakap abah tu, tak payahlah bertanding di Lembah Pantai. Cari lawan lain, ada dengar cadangan Izzah lawan Khairy Jamaluddin, macam OK jer. Muda sama muda, handsome dengan lawa, ngamlah tu.

Thursday, February 21, 2008

Wanita Mahu Diberi Tempat Dalam Pucuk Pimpinan UMNO

Sudah tiba masanya lebih ramai anggota wanita UMNO diberi tempat dalam arus perdana parti sebagai pemimpin dalam UMNO induk, kata Naib Ketua Pergerakan Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.Beliau berkata keanggotaan Wanita UMNO seramai 1.3 juta dan Puteri UMNO seramai 280,502, menunjukkan kekuatan golongan wanita dalam parti amat terserlah."Wanita UMNO mesti berani memupuk, membimbing dan menyokong generasi pemimpin wanita yang berkebolehan, sama ada yang berpengalaman mahupun yang muda, untuk diberi peluang dipilih atau dilantik ke cawangan, bahagian, negeri dan Majlis Tertinggi,"
dipetik dari web pergerakan wanita umno malaysia

Apelah Nasib Wanita Malaysia...?

Sedihnya nasib wanita dalam politik Malaysia. Soksek-soksek senarai calon yang diuar-uarkan, tidak nampak pun tuntutan wanita hendak menambah suara dalam politik dipenuhi. Alahai, apa dah jadi ni, Yam kecewa tahap maksimumlah kalau hal-ehwal wanita lambat diambil tindakan atau tidak menjadi isu di kalangan barisan pemimpin. Yang jelas Yam tengok suara wanita macam payah hendak ngam untuk diangkat kepada presiden parti. Hingga kini tidak nampak ada penambahan. Yang dikekalkan pun payah hendak dinyatakan alasan kukuh kenapa mereka dikekalkan. Muka-muka baru pula dipilih di kalangan puteri, apakah rasionalnya puteri dibukakan peluang pun sukar diterima alasannya. Sebab cantikkah, manjakah, bergetahkah? Atau sebab mudakah hingga dapat markah lebih? Kalau sebab puteri dipilih kerana muda dan seksi, maka saranan Dato’ Ng Yen Yen supaya penampilan wanita lebih seksi terutama ketika masuk tidur telah berjaya direalisasikan oleh para suami hingga menjalar ke dalam politik Malaysia.

Yam terkedu pula mendengar Puan Fong Po Kuan dari DAP meletak jawatan dan tidak mahu dipertandingkan. Alasannya mahu tumpukan perhatian kepada suami dan rumahtangga. Khabarnya juga sedang mabuk mengandung. Amboi gitu pulak. Wanita yang ada pun Kak Wan Azizah di Permatang Pauh, itupun dengarnya PRU Ke-12 adalah yang terakhir buat YB isteri bekas TPM ini. Beliau diramalkan kalah dengan musuh tradisinya. Katanyalah! Apa-apapun, tahniah, Kak Pidah tak macam Fong, tak macam sesetengah wanita. Semangatnya tetap membara. Walaupun dah masuk 70, dah sakit-sakit sendi, dah bedah lutut, Kak Pidah tetap menerima pencalonan dan tidak akan menolak permintaan Pak Lah yang masih memerlukan khidmatnya walau apa alasannya sekalipun. Syabas kepada YB seorang ini, Inilah semangat wanita. Dato’ Seri Azalina tak kan diam saja? Kalau mahu mencalonkan bakal YB dari kalangan wanita, beliau tentunya akan memilih kalangan puteri yang tidak berminat untuk berkahwin sebab beliau mengatakan bahawa tumpuan beliau setelah menjadi YB adalah terhadap parti dan negara semata-mata. Kawin tidak ada dalam fikirannya. Mungkin kalau ada yang memberikan akujanji sepertinya, baru terpilih dan dicalonkan. Parah!